Wednesday, November 28, 2012

Doakan Moga Semua Selamat..

Bila ada ahli kuarga yg sakit mesti kita tak keruan kan..susah ati, sedih..Macam saya ada adik yg menderita sakit buah pinggang..mengikut doktor kedua2 belah buah pinggang nye rosak dan tak boleh digunakan lg. Sekarang hanya bergantung pada rawatan secara CAPD ( Continuos Ambulatory Pertoneal Dialysis ).

CAPD adalah salah satu kaedah dialisis. Kaedah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalui tiub khas (Tiub tenckhoff) yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil. Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumuh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan secara berkala. - sumber google

Dialisis ni leh wat kt umah jer..tp wajib dilakukan didalam bilik berasingan yg bersih..bersih sebersihnye..Jadi kt umah saya kt kpg mmg abah saya buatkan 1 bilik khas utk adik saya. 1 ari dia akan buat dialisis ni sebanyak 4 kali. seawal jam 8 pg..dan sesi terakhir nye kol 10 mlm..

Hampir 2 thn adik saya menjalani proses ni..dan sampai la sekarang..sejak 2 bulan lepas tiub khas yg dimasukkan terdapat kuman. Mcm mana leh tau..sebab adik saya asyik cirit birit, muntah2 dan cecair yg keluar dr proses dialisis tu tak berwarna jernih..ianya keruh..so dr situ doktor dpt tau tiub tu telah dijangkiti kuman. Dah dimasukkan ubat antibiotik yg terlalu kuat juga tak mampu utk membunuh kuman2 tersebut. Jadi dari kuman tersebut terus merebak ke anggota dalaman yg lain..doktor membuat keputusan utk buang tiub khas yg dimasukkan dalam perut adik saya dan akan membuat pembedahan di sebelah kiri pula utk memasukkan tiub yg baru...tiub yg sekarang berada di sebelah kanan perut..Ya Allah..perit rasanya..ditebuk sana sini.

Tapi...doktor tak boleh nak terus buat pembedahan tersebut..ambil masa dalam sebulan mcm tu baru doktor akan buat blk...dan utk sementara waktu adik saya terpaksa buat Hemodialisis ( Cuci darah ). Doktor akan tebuk dibahagian leher utk hemodialisis ni...Tak terbayang rasanya..betapa sakit nye..Bila luka pembedahan  yg tiub tu dikeluarkan dah baik baru doktor akan buat pembedahan utk masukkan tiub tu blk disebelah lagi.

Dan saat ini adik saya di dlm bilik OT Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar utk membuang tiub disebelah kiri yg dijangkiti kuman tersebut..sgt2 sedih bila tak dpt blk utk beri dia semangat..utk tgk keadaan dia..Hanya doa yg mampu dikirm..dan moga Allah memberi kekuatan pd adik saya utk menempuh dugaan ini..dan jg moga mak abah saya diberi ketabahan, kesabaran dan kecekalan utk menjaga adik saya..amin...

* Doakan utk adik saya yer...amin..


9 comments:

IntaNBerliaN said...

Ya Allah.... risaunya baca... moga selamatlah semuanya..

Qhaifa Nur said...

walaupun berat penderitaan yang ditanggungnya....ALLAH maha mengetahui...moga beliau cepat sembuh....

fiza said...

Semoga dia diberi kekuatan dan semangat yg tinggi untuk melawan penyakit dan semoga cepat sembuh.

mia izzati said...

moga cepat sembuh ye...

ainnoraini said...

semoga selamat semuanya...dan dipermudakan segala urusan..

aanie said...

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...

semoga adik n family tabah....

aTieYusof Family said...

Ya Allah sedih nya..
semoga adik awak kuat menghadapi segala dugaan ini ya..
sama2 lah kita doakan..
(sy kerja kt hospital hari2 tgk pesakit dialysis- sedih tau tgk depa):(..

j.e.h.a.n. said...

ya allah, bergenang air mata bc, semoga adik awk tabah dan saya doakan dia cepat sembuh..amin

N i e Z a said...

terima kasih doa2 dr kalian sume..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...