Tuesday, October 23, 2012

EGO

Ye...ego..satu perkataan yang membawa bermacam-macam maksud yang tersirat yang boleh meleraikan dan meruntuhkan tiap hubungan sesama manusia.Kalau terlebih ego memang akan memakan diri sendiri.Tak kemana nak dibawa sikap ego tu.

Kdg2 sukar untuk menegur dan menasihati orang yg mempunyai sikap ego yang tinggi.Seolah-olah hanya dirinya yang betul.Segala nasihat yg diberi tidak pernah utk diambil utk difikir secara rasional.Ego yang tinggi mana sgt pun tak akan dapat dibandingkan dengan diri kita sebagai seorang hamba Allah yang masih belum cukup amal dan ibadat untuk berdepan dengan dugaan dan ujian dari Allah.

Sama-samalah saling bersikap rasional atas perkara2 yang mendatangkan kebaikan bersama.Yang salah diperbetulkan yang perlu ditegur eloklah ditegur cara yang baik.Bkn dengan cara menyinggung hati dan perasaan org lain, memperkotak katikan maruah seseorang. Setiap masalah boleh dibawa berbincang sekiranya ego masing-masing diketepikan.Hanya dengan ego yang menguasai diri hubungan antara sahabat, adik beradik,keluarga, suami isteri boleh berantakan dan terlerai.

Tidak rugi sekiranya pd sesetengah perkara yg boleh dibawa berbincang kita membuang ego kita yang tak bertempat tu.Ego membuatkan manusia jauh dari kebenaran dan menyimpang dari petunjuk Allah...Nauzubillah...Ya Allah..jauhkan lah dari hambaMu ini.

"Pernahkah anda merasakan tekanan, kegelisahan hati dan merasakan bebanan hidup yang berat dan mencengkam jiwa, seolah-olah semuanya menjadi serba tidak kena? Jika ini terjadi bererti anda dalam kegelapan cahaya hati dan dilitupi keegoaan yang sgt tinggi"

Buanglah sikap dengki dan irihati serta kesombongan hati.Gantikanlah dengan rasa cinta, kasih dayang dan sikap merendah diri.

Tidak semestinya orang yang lebih tua dari kita boleh kita memandang rendah dan menjatuhkan maruahnya sesuka hati hanya disebabkan kesalahan yang pernah dilakukan dan tidak semestinya kita yang muda sentiasa menanggap diri kita adalah yang terbaik. Setiap manusia akan menerima dugaan dan ujian dalam kehidupan. Untuk diri kita sendiri belum tentu lagi apakah bentuk ujian dan dugaan yg akan kita hadapi kelak.Muhasabahlah diri untuk kearah kebaikan. Moga saya sentiasa diberi petunjuk dari Allah untuk setiap perkara yang berlaku didalam kehidupan yang semakin mencabar ini. Amin..

p/s : Teringatkan ayah dan ibu di kampung..moga Allah pjgkan umur, murahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik pd kedua2nya, dilindungi dan diberkati Allah hendaknya..Amin..

1 comment:

wahida said...

lain org lain ragam, masing2 ada ego masing2...cuma kita perlu kawal ego kita supaya tak mkn diri...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...